Daftar Blog Saya

Rabu, 30 Juni 2010

Majlis Walimah Perlu Mengikut Batas ditetapkan Syariat Islam

Ini aku dpt drpd seorang kawan , i think it quiet intresting sbb baru la tahu sunnah Rasulullah tentang majlis perkahwinan.....

MAJLIS kenduri kahwin atau walimah diharuskan oleh Islam sebagai mengumumkan suatu ikatan pernikahan, tetapi hendaklah mengikut batas yang ditetapkan syariat.
Syed Sabaq dalam sebuah kitabnya menerangkan bahawa walimah dapat dilaksanakan ketika berlangsungnya akan nikah atau sesudahnya. Ia juga boleh dilangsungkan pada hari perkahwinan atau selepasnya. Sebuah lagi hadis yang diriwayatkan Bukhari menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW mengundang sahabat untuk menghadiri majlis walimah Baginda sesudah Rasulullah mencampuri isterinya, Zainab.

Dalam kisah Abi Usaid juga didapati bahawa Rasulullah menghadiri majlis kenduri perkahwinannya. Abu Usaid menghidangkan kurma yang disimpan pada malam harinya. Kurma itu juga dihidangkan kepada tetamu lain yang datang. Perkara ini bermakna walau jenis makanan apa sekalipun yang ingin dihidangkan oleh pihak keluarga yang mengadakan walimah, terpulang kepada kemampuan mereka.
Jangan mengadakannya dengan melampau batas syariat. Antaranya menyerlah sikap ingin menunjuk-nunjuk dengan mengadakan kenduri besar-besaran, boros berbelanja hingga memberi kesan kepada keadaan kewangan kemudian, melakukan pembaziran wang ringgit dan harta benda. Kita juga dituntut supaya tidak membeza-bezakan tetamu antara miskin atau kaya.
Rasulullah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud: "Sejelik-jelik makanan adalah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak pula diundang untuk makan bersama."

FAKTA Hak isteri dan tanggungjawab suami
Nafkah:
Isteri berhak mendapat nafkah zahir dan batin.
Suami wajib menunaikan dan menyediakan keperluan makanan, kediaman, pakaian dan perhiasan untuk isterinya.
Mahar (mas kahwin): Kadar mahar terpulang kepada persetujuan asalkan tidak terlalu membebankan pihak suami atau merencahkan pihak isteri.
Memelihara kehormatan serta membimbing isteri ke arah kebaikan.
Mencurahkan kasih sayang sepenuhnya.
Menjaga keselamatan isteri.
Menggauli isteri dengan cara yang baik.
Menyelesaikan masalah nusyuz.
Hak suami dan tanggungjawab isteri
Menumpukan taat setia dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Melayan dan menunaikan kehendak nafsunya.
Mewujudkan unsur kerehatan kepada suami.
Menjaga rahsia suami.
Membantu suami dalam mendidik anak.
Tanggungjawab suami terhadap anak.
Menamakan anak dengan nama yang baik.
Memberi nafkah - makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan pelajaran.
Mendidik anak.
Menjaga kehormatan dan keselamatan.
Menentukan jodoh.
Tanggungjawab isteri terhadap anak.
Mengandung dan melahirkan.
Menyusukan.
Mengasuh dan mendidik.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar